Pages

Apa yang di nyatakan oleh laman zaharuddin.net ada betulnya. Saya percaya bahawa beliau telah membuat penelitian dalam hal ini. Secara jujurnya saya juga pernah berfikiran seperti itu dalam memerhatikan setiap arus perjalanan facebook.

Yang paling merisaukan dan membimbangkan adalah hilangnya Syariat yakni hukum hakam pada diri sendiri. Bila kita baca pada ulasan zaharuddin.net ia banyak menyentuh hal-hal hukum-hakam. Adakah kita tidak tahu hal-hal atau batas-batas agama? Saya percaya semuanya tahu. Tapi di sebabkan desakan naluri ingin "seperti orang lain" maka batas-batas agama hilang kesemuanya.

Hal-hal mendedahkan aurat amat ketara sekali di perlihatkan. Gambar-gambar yang sepatutnya tidak di dedahkan habis di dedahkan dalam facebook sebagai halwa pada rakan-rakan. Di mana Syariat kita?

Ye betul tagging pada photo amat berleluasa, mengaibkan hal-hal yang dahulu (zaman kejahilan habis di dedahkan), adakah anda mendapat izin dari tuan punya gambar. Sekiranya anda meminta izin sekali pun saya percaya pasti tiada kebenaran dari tuan punya gambar. Untuk apa anda menayangkan gambar kawan-kawan yang kini sudah tidak berada dalam kejahilan lagi. Kalau kawan anda itu sudah berumah tangga apa yang akan terlintas di dalam hati pasangan mereka yakni isteri atau pun suami mereka?

Setiap orang pasti ada rahsia yang patut di sembunyikan, tapi di sebab kamu membuka aib-aib mereka, kamu bertanggung jawab atas apa yang akan berlaku pada mereka.

Gunalah sebaiknya teknologi yang ada, manfaatkan dengan benda yang boleh di manfaatkan.
Kepada ibubapa pastikan anda tahu apa yang anak anda lakukan dengan facebook, dan suami isteri pastikan anda tahu apa yang pasangan anda lakukan..jangan sampai perkara yang tidak baik sampai ke telinga anda di sebabkan Facebook ini.

insyaAllah
Di petik dari laman web http://www.zaharuddin.net. Untuk info yang lebih lanjut di sarankan anda masuk ke laman Utz Zaharuddin.

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

2) Terlebih gambar

3) Penyamaran

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

6) Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Satu perkara yang amat berat untuk di lakukan tapi cukup ampuh mendidik kasih sayang pasangan adalah dengan meminta maaf dengan menghulurkan tangan. Sekiranya mampu melakukan pasti sikap ego dan juga sikap mementingkan diri akan terhapus. Rendahkan hati semasa memohon maaf. Pasti pasangan kita akan merasakannya sekali.

Apa bila berlaku perselisihan faham, terutama hal-hal yang remeh atau kecil pastikan ia tidak merebak menjadi besar. Menjadi lumrah pasangan suami isteri menempuh perselisihan faham, begitu juga dengan air laut yang kadang-kadang bergelora kadang-kadang tenang, ada naik pasang dan surutnya. Ini kan pula hal-hal yang berkaitan dengan perasaan. Seakrab mana pasangan itu pasti akan bertemu dengan titik percanggahan, apa yang di risaukan perkara yang remeh itu tadi akan menjadi besar sekiranya ianya tidak di bendung dengan akal yang waras.

Salah satu cara untuk meredakan perselisihan faham ini salah seorang mesti lah ambik langkah mengalah, dalam erti kata lain mengendurkan suasana. Pastikan nafas kita waktu itu teratur, sekiranya boleh perlahankan perjalanan nafas. Ingatlah syaitan itu berjalan dalam pembuluh-pembuluh darah. Makin tinggi kemuncak marah semakin deras degupan jantung. Bermakna kita telah membuka pintu-pintu untuk membolehkan syaitan / iblis menghembus api kemarahan.



Assalamualaikum

Senyuman itu satu sedekah.

Perkara ini biasa diingtkan pada pasangan yang sudah berumah tangga baik yang lama mahupon yang baru. Ia mampu mengubat hati pasangan kita dalam apa jua bentuk masalah.

Senyumlah..
Mengapa suami berat untuk membantu isteri dalam kerja-kerja rumah?

Ye sesetengah suami ada yang lebih suka ambil lepas tangan dalam hal-hal kerja rumah, bagi mereka, kerja-kerja sedemikian layak di lakukan oleh para isteri, para suami cukup dengan memberi nafkah zahir batin..adakah ianya boleh di terima?

Saya kurang bersetuju dalam hal ini, memandangkan di zaman sekarang ramai para isteri sudah terlibat dengan dunia kerjaya, waktu amat singkat dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. Tambahan pula ada sesetengah para isteri terpaksa membawa pulang kerja-kerja pejabat untuk di habiskan di rumah..jadi masa amatlah kurang untuk hal-hal rumah.

Bagi suami yang memahami syukur ke hadrat Allah kerana anda telah di anugerahkan seorang lelaki yang memahami dunia kerjaya anda..bagi yang tidak memahami bagaimana?


Satu nasihat pada para isteri, sekiranya anda ingin meminta bantuan daripada suami pastikan ia bukan merupakan ayat perintah tapi lebih pada ayat-ayat miminta tolong. Mintalah dengan rendah hati. Biarkan suami buat apa yang terdaya dan termampu, jangan mengharapkan kesempurnaan suami dalam menguruskan hal-hal rumahtangga, kerana itu bukan bidang kerja mereka. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah suami selesai menguruskan kerja-kerja rumah.
Assalmualaikum

Kata orang tua-tua berat sama di pikul ringan sama di jinjing (lama dah tak dengar pribahasa ni)
Jadi untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga, selalulah mengambil tahu dan mengambil berat tentang apa yang di hajati pasangan kita..sekiranya mampu bantu lah ia untuk mencapai hasratnya. Paling tidak mendoakan supaya hasrat atau cita-citanya tercapai.

InsyaAllah doa yang di doakan oleh pasangan yang di penuhi dengna kasih sayang pasi di makbulkan Tuhan.