Apa yang di nyatakan oleh laman zaharuddin.net ada betulnya. Saya percaya bahawa beliau telah membuat penelitian dalam hal ini. Secara jujurnya saya juga pernah berfikiran seperti itu dalam memerhatikan setiap arus perjalanan facebook.
Yang paling merisaukan dan membimbangkan adalah hilangnya Syariat yakni hukum hakam pada diri sendiri. Bila kita baca pada ulasan zaharuddin.net ia banyak menyentuh hal-hal hukum-hakam. Adakah kita tidak tahu hal-hal atau batas-batas agama? Saya percaya semuanya tahu. Tapi di sebabkan desakan naluri ingin "seperti orang lain" maka batas-batas agama hilang kesemuanya.
Hal-hal mendedahkan aurat amat ketara sekali di perlihatkan. Gambar-gambar yang sepatutnya tidak di dedahkan habis di dedahkan dalam facebook sebagai halwa pada rakan-rakan. Di mana Syariat kita?
Ye betul tagging pada photo amat berleluasa, mengaibkan hal-hal yang dahulu (zaman kejahilan habis di dedahkan), adakah anda mendapat izin dari tuan punya gambar. Sekiranya anda meminta izin sekali pun saya percaya pasti tiada kebenaran dari tuan punya gambar. Untuk apa anda menayangkan gambar kawan-kawan yang kini sudah tidak berada dalam kejahilan lagi. Kalau kawan anda itu sudah berumah tangga apa yang akan terlintas di dalam hati pasangan mereka yakni isteri atau pun suami mereka?
Setiap orang pasti ada rahsia yang patut di sembunyikan, tapi di sebab kamu membuka aib-aib mereka, kamu bertanggung jawab atas apa yang akan berlaku pada mereka.
Gunalah sebaiknya teknologi yang ada, manfaatkan dengan benda yang boleh di manfaatkan.
Kepada ibubapa pastikan anda tahu apa yang anak anda lakukan dengan facebook, dan suami isteri pastikan anda tahu apa yang pasangan anda lakukan..jangan sampai perkara yang tidak baik sampai ke telinga anda di sebabkan Facebook ini.
insyaAllah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment